


Persekitaran yang selesa di dalam perpustakaan menjadikan ia sebagai tempat popular di kalangan anak kampung untuk menelaah ilmu dan mencari maklumat. Bukan sahaja kanak-kanak malah terdapat juga orang dewasa yang mencari informasi. Bagi mereka yang ingin keadaan yang lebih santai, terdapat juga majalah yang sesuai untuk kanak-kanak, remaja dan golongan dewasa. Kebanyakan sumber buku yang ada di sini dibekalkan oleh Perpustakaan Negeri Selangor dan Perpustakaan Negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan