Selasa, 25 November 2008

Kunjungilah..



Perpustakaan Desa Kuang merupakan salah satu usaha kerajaan untuk merapatkan jurang ilmu di antara masyarakat bandar dan luar bandar. Selain itu, melalui projek Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP) ia dapat mengurangkan kadar buta IT di kalangan masyarakat luar bandar. Perpustakaan Desa Kuang telah ditubuhkan pada tahun 1986 di bawah Perpustakaan Awam Selangor dan Perpustakaan Negara.
Perpustakaan Desa beroperasi dari jam 9 pagi hingga 6 petang setiap hari Isnin hingga Jumaat dan pada hari Sabtu minggu kedua dan keempat dari jam 9 pagi hingga 6 petang. Perpustakaan ini akan ditutup pada hari Ahad dan juga Isnin, jika dibuka pada hari Sabtu minggu kedua dan keempat. Perpustakaan ini juga ditutup pada setiap hari Sabtu minggu pertama dan ketiga atau hari cuti umum.

Tiada ulasan: